Kek Teh Keledek


Kek Teh keledek

(a)
250gm mentega
180 g gula
Secubit rasa garam
(B)
4 biji telur
(C)
180g keledek di kukus
25g gula
80ml santan
Pewarna ungu

(D)
290 g tepung
1 sudu besar tepung susu
½ sudu serbuk penaik

Aising Berhias atas

250 g gula aising
40g mentega
2 sudu besar jus limau Parutan kulit biji limau

Cara-cara

1 putar (a) sehingga lembut dan gebu

2 campur (b) dan putar sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil

3 pukul (c) sehingga sebati semasa keledek masak masih panas. Biarkan ia sejuk campurkan ke adunan tadi dan gaul rata-rata.

4 kaup dan balikkan bahan-bahan yang diayak (D) dan adun sehingga sebati.

5 Tuang adunan ke acuan gugelhupf yang sudah disapu dengan minyak dan tepung.

6 bakar pada suhu 180c selama 50-60 minit


7 setelah kek sejuk sapukan aising ke atas

 

Aising berhias atas

Campur gula aising dengan mentega lembut dan adun hingga sebati. Tambah jus limau dan parutan kulit dan pukul hingga sempurna. Reneh adunan di atas air panas untuk disapu rata-rata.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan